LAPORAN
PROGRAM :
CERAMAH
PEMBANGUNAN MURID
PERSATUAN
PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK
NEGERI SEMBILAN
TARIKH
|
24 APRIL 2013
|
TEMPAT
|
DEWAN CEMPAKA SMKTK
|
MASA
|
2.00—5.00 ptg , Rabu
|
SASARAN
|
Murid-murid Tingkatan 3 Daerah Kuala Pilah dan Jempol
|
PENGLIBATAN SEBENAR
|
murid guru
|
SMK TUNKU KURSHIAH
KUALA PILAH
LAPORAN PROGRAM :
CERAMAH
PEMBANGUNAN MURID
PERSATUAN
PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK
NEGERI
SEMBILAN
TARIKH
|
24 APRIL 2013
|
TEMPAT
|
DEWAN CEMPAKA SMKTK
|
MASA
|
2.00—5.00 ptg , Rabu
|
SASARAN
|
Murid-murid Tingkatan 3 Daerah Kuala Pilah dan Jempol
|
PENGLIBATAN SEBENAR
|
murid guru
|
1. LAPORAN
KESELURUHAN
PENDAHULUAN
· Subjek
Sains dan Matematik adalah subjek teras di mana-mana sekolah di Malaysia.
Kedua-dua subjek adalah penting untuk menjana pekerja dalam bidang Sains dan
Teknologi.
· Oleh
itu, bidang Sains dan Matematik di sekolah cuba merangsang minat murid-murid dalam kedua-dua subjek,
selain menambah kepekaan murid bahawa Sains dan Matematik adalah penting dalam
kehidupan seharian mereka.
RASIONAL
· Semua murid di sekolah-sekolah
menengah boleh
mengaplikasikan Sains dan Matematik dalam kehidupan seharian mereka dan menambah
kesedaran bahawa Sains dan Matematik adalah
seronok dan
boleh dipelajari.
OBJEKTIF
· Ceramah
Dunia Kerjaya Sains akan dapat :
1. Meningkatkan
minat murid terhadap subjek Sains dan Matematik
2. Menambah
kepekaan murid bahawa subjek Sains dan Matematik adalah penting dalam kehidupan
seharian
3. Menghilangkan
fobia murid terhadap Sains dan
Matematik
4. Meningkatkan bilangan murid yang memilih kerjaya dalam
bidang Sains dan Matematik
PENDAFTARAN
Senarai kehadiran dan
tandatangan peserta.
( lampiran
1- akhir laporan )
· Kehadiran
penuh
( murid + guru + Ajk + pegawai PPD +
penceramah )
ialah 145 peserta.
PERASMIAN
Sirih
berlipat bersama pinang,
Pinang
berasal Pulau Mutiara;
Pemanis
kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka
bicara
.
Yang Berusaha Pn See
Bee Ean, Penolong Kanan Akademik SMK Tunku Kurshiah merangkap pemangku pengetua
SMK Tunku Kurshiah,
Yang dihormati Pn
Noraishah bt Asim, Guru Kanan Matapelajaran Matematik dan Sains SMK Tunku
Kurshiah
Yang dialu-alukan
penceramah jemputan, Pn Zuraidah bt
Jorkasi dari Management and Science University (MSU) dan En Abdul Latif bin Ismail , Guru Cemerlang
Fizik DG54 SMK Tunku Kurshiah
Semua ahli jawatankuasa
Program Ceramah Pembangunan Murid Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik
Negeri Sembilan,
Guru-guru pengiring
serta murid-murid yang dikasihi .
Kepentingan pendidikan sains dan teknologi di
Malaysia, sememangnya telah diakui dan diterima oleh semua pihak. Kerajaan juga
telah melaksanakan Dasar 60(Sains): 40(Sastera) yang bertujuan ke Arah Membangunkan Negara Menerusi Pembentukan
Rakyat Minda Kelas Pertama, iaitu
mewujudkan masyarakat yang maju dari segi sains dan teknologi menjelang
tahun 2020. ,kerajaan telah menetapkan matlamat dasar ini adalah untuk melahirkan
lebih banyak para saintis, jurutera, doktor dan juruteknik yang berkepakaran
tinggi bagi pembangunan pelbagai sektor ekonomi dan sosial, sejajar dengan
pertambahan penduduk dan kualiti hidup masyarakat.
Bagi mencapai matlamat ini, JPNS turut
bertanggungjawab memastikan dasarkan ini terlaksana dengan jayanya. Atas rasa
tanggungjawab inilah maka pada hari ini anda sekelian dipanggil untuk mengikuti
program ini.
CERAMAH 1
2.30— 3.30 ptg : “ Ceramah Dunia Kerjaya Sains” oleh Pn.Zuraidah bt Jorkasi, Pensyarah kanan Bahagian Kejujurawatan Managemant and Sains University
2.30— 3.30 ptg : “ Ceramah Dunia Kerjaya Sains” oleh Pn.Zuraidah bt Jorkasi, Pensyarah kanan Bahagian Kejujurawatan Managemant and Sains University
Di
antara kandungan :
·
Hala tuju selepas SPM aliran sains
·
Kelebihan peluang kerjaya yang
berpendapatan
·
Ujian minat kerjaya Holland ( RIASEC )
·
Cenderahati diberikan kepada murid dalam
sesi soal jawab
·
Tanyangan tawaran kursus di MSU dan
kelengkapan
CERAMAH 2
3.30—5.00 ptg :
“ Seronoknya dan mudahnya belajar
Sains dan Matematik” oleh En Abdul Latif bin Ismail, Guru Cemerlang Fizik DG 54, SMKTK.
Di
antara kandungan :
·
Pandangan sebagai murid dan guru bahawa tiada
yang senang dan tiada yang susah dalam belajar semuanya adalah bergantung
kepada apa yang anda mahu.
·
Ciri murid aliran sains ialah minat
mengkaji ( suka menyiasat )
·
Berjalan pantas sebab terlalu banyak nak
kaji ( masa ) tiada masa lenggok itik
·
Eksperimen meniup sehelai kertas
·
Rekreasi matematik : (3x + 6)/3 –x = 2 ;
x ialah satu nombor
·
Mengkaji Prinsip Bernoulli ( sayap kapal
terbang dan kereta F1 )
·
Eksperimen aliran cas
PENGHARGAAN
Penyampaian cenderahati kepada penceramah telah
disampaikan oleh Penolong Pegawai PPD (Sains dan Matematik) KUALA PILAH, Pn
Roozana bt Maaris.
5. IMPAK
PROGRAM
·
Menjelaskan
dasar harapan kerajaan terhadap sains dan teknologi ( dasar 60:40 ) ke arah Wawasan 2020
·
Peluang
kerjaya aliran sains dan pendapatan
·
Menanam minat
murid dan azam untuk belajar aliran sains
6. IMPLIKASI
KEWANGAN
·
Peruntukan kewangan
:
·
Perbelanjaan :
Bil
|
Perkara
|
Item ( bilangan X RM )
|
Jumlah
|
1
|
Penceramah
|
2 X RM 100
|
RM 200.00
|
2
|
Peserta (murid)
|
100 X RM 4
|
RM 400.00
|
3
|
Peserta (guru)
|
30 X RM 4
|
RM 120.00
|
JUMLAH
|
RM 720.00
|
·
Debit / Kredit
:
7. KESIMPULAN
Pengerusi
Pn. Ramona bt Rosli
Naib Pengerusi
Pn. See Bee Ean
Pn. Rubinah Md Yusuf
Pn. Hjh Zaimiah bt
Zainudin
Penyelaras
Pn NorAishah Hj Asim
Pn Rus Azizi Maamor
Setiausaha
En. Abdul Latif Ismail
AJK
Pn. Suzana Zila bt.
Abu Samat
Pn. Nor Azulawati bt Md Zain
En. Ravi Munisamy
Pn. Nor Hanizah Darus
Pn. Noraini Alamin
Pn. Haszleza Hosnan
Pn. Hasliza M Hashim
En Mohd Azizi
Makhtar
Sekalung
Penghargaan
Ribuan terima kasih kepada semua guru Sains dan
Matematik, pembantu makmal serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam menjayakan Program Ceramah Pembangunan Murid anjuran
Persatuan Sains dan Matematik Negeri Sembilan pada hari ini,
Maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang
saya mengendalikan majlis ini.
Dari Kedah ke
pekan sari,
Beli suasa di
Kota Tinggi,
Selesai sudah
tugas diberi,
Di lain masa
bersua lagi.
Sekian terima kasih.
Disediakan oleh ,
|
Disemak oleh ,
|
………………………………………………
|
…………………………………………………
|
(Pn. Nor Azulawati bt Md Zain)
AJK Dokumentasi Program
|
(Pn. Nor Aishah bt Asim)
Guru Kanan Matapelajaran Sains dan Matematik SMKTK
2013 / Penyelaras program
|
LAMPIRAN
1
( REKOD KEHADIRAN PESERTA